Friday 29 July 2016

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 8 Dari Nice ke Cannes dan Antibes

26.07.16 - diam tak diam sudah masuk 8 hari berada di bumi Eropah. Herannya, belum timbul perasaan rindukan tanah air. Tidak juga rindukan makananya kerana aku memang suka makan pasta! See? Tidak heran kalau aku merasa seperti di syurga makanan ku. Hahaha... Dasar lupa daratan (anak buah kubilang forget land).

Well, memang terasa santai kerana gap travel ku dari tahun lalu agak lama. 4 bulan. Jadi inilah getaway ku paling jauh bagi tahun ini. Rasanya seperti burung yang terlepas dari sangkar. Mungkin ada yang saat ini mencebik bibir ... Jangan dik kak oi... Nanti herot muka yang cantik tu. Sebenarnya, aku ni dah dihinggapi virus kaki jalan. 

Mereka2 yang sewaktu dengan ku pasti faham apa yang kukatakan ini. 

Okay.. Cukup2lah membebel tu. Hari ini aku sudah janjian dengan gf ku Johanna untuk ke Cannes dan Antibes. Pepagi lagi kami sudah bertemu di luar hotel (hotel Massena dan hostel tempat Johanna tinggal dekat ja). Opps bukan  pagi sangat tapi jam 10am.

Kami bercadang ke Cannes menaiki bas.  Station bas ke Cannes dan Antibes di depan Mandarin Oriental Hotel Nice tidak jauh  dari Massena Square (Plaza). Untuk ke Cannes, ambil bas No. 200 dan mesti beli tiket dulu (Dgn pemandu or pembantu) sebelum mencari tempat duduk. So untuk memastikan kami dapat seat dan strategik pula, aku terus cari tempat duduk sementara Joan bayar tiket kami. Harga tix hanya euro0.50 pax|one way. Mengambil masa lebih kurang 2 jam tertakluk kepada keaadan cuaca lalu lintas.

Bas yang sepatutnya bertolak jam 11:45am tak muncul2. Rupa2nya ada mogok ntah apa2. Nah... Ramai la yang stranded. Bila akhirnya bas no 200 berhenti maka berpusu-pusu, berhimpitanlah kami menerpanya. Bas penuh!

Sementara kami rasa lost menunggu bas tadi, tetiba ada seorang jejaka menegur Joan. Being friendly. Dia la yang telefon syarikat bas untuk bertanya kenapa bas lambat tu. Rupa2nya pemuda kelahiran Nice, baru balik dari England dan mahu ke Antibes bertemu rakan katanya.

Yang nak dijadikan cerita, punyalah kuat bercerita! Dari kenaikan sampai keturunan mulutnya potpitpotpit. Segala sejarah hidup habis diriwayatkan gamaknya. Wahahaha. Ampunnnnn!

"I think the Briton's are quite pretentious.. See the way they sing and talks are....Hmm... Differ" 😀😀😝

"I want an American girlfriend"

" My ex was Swedish"





Wow! Terhibur sesangat. Khennnnn... 

No comments:

Post a Comment