Friday 22 July 2016

Jejak Siem Reap 5 ~ Day 2 Angkor, What?

11 July 2016 Isnin. Hari ke-2 menghirup udara Cambodia. Kerana kembara di negara Asean, tidak banyak bezanya. Cuma mungkin di sini, pencemaran alam masih kurang kerana tidak ada pembangunan mega seperti di negara kita.

Untuk mendapat sedikit gambaran, jom layan youtube saya di Angkor... What????




Pagi ini bangun sekitar jam 6 pagi. Merasa sungguh excited kerana sudah janjian dengan teman saya dari One Cambodia Travel Agency untuk ke Angkor Wat. Sebenarnya mereka juga ada menyediakan pakej ground arrangement tapi saya cuma perlukan transportation untuk 2 hari. Saya lebih suka mengatur jadual saya sendiri.




Sekitar 7:30 pagi, turun ke resto di lantai 1 untuk breakfast. Sudah termasuk dalam tempahan hotel. Room with breakfast. Menu nya lumayan bagi non-muslim. Bagi yang muslim, tidak banyak yang boleh diratah. Kopi/teh, bread dan buah. Justeru itu, untuk hari-hari seterusnya, saya breakfast di bilik saja berbekalkan Nescafe 3 in 1, Mineral Coffee dan Maggi Samyang. Lagipun, malas untuk turun terlalu awal.

Aha.... perkenalkan Mr Safy Angkor Wat, teman saya di Angkor. Lain kali kalau ada sesiapa ke Siem Reap, usher lah dia. Muslim Cambodian jadi senang urusan makan-minum halal.





Seperti kebanyakan orang yang melawat Siem Reap, tujuan utama saya ke sini adalah untuk melihat sendiri tinggalan sejarah ribuan tahun yang menjadi tarikan wisata seluruh dunia ini. Tanpa prejudice, seni bina Angkor Wat memang diakui amat menakjubkan.






Sebelum masuk kawasan Angkor Archeological Temple Park  kena beli tiket dulu di sini. Dikenali sebagai "Angkor Admission Card" atau "Angkor Pass". Setiap individu kena datang ke kaunter semasa membeli kad tersebut kerana kita akan digambar secara percuma untuk di-print dalam pass masuk kita itu. Harga pass depend on berapa hari kita nak keluar masuk Park tersebut. One Day entry $20pax. 3days/$40 dan untuk 7days/$60 dan mesti digunakan dalam hari berturutan. Kanak2 di bawah umur 12 tahun masuk percuma (tunjukkan ID).



Tadaaaaa..... ini Angkor Pass saya.




Ingat! Jangan hilangkan pass ini selama anda berada di kawasan park tersebut. Kita akan diminta tunjukkan pass ini setiap kali kita masuk di tempat2 wisata nanti. Malahan sebelum sampai ke situs Angkor Wat, ada checkpoint untuk periksa pass setiap orang. Itulah pentingnya muka kita terpampang kat kad tu.... No tipu-tipu katanyerrr...

Mula-mula sampai. Excited gila.



Gambar bawah. Di belakang kami yang berpayung-payung itu adalah checkpoint kedua. Kena tunjukkan pass kepada mereka sebelum kita dibenarkan masuk. Inilah laluan "Barays" sepanjang setengah kilometer sebelum sampai ke gerbang pintu pertama. 



~ pintu gerbang masuk pertama yang perlu dilalui untuk ke temple ~


Naik tangga di atas


Terkeluar di sini

Teruskan perjalanan ke depan



Kalau penat boleh berehat sekejap











Just for quick info ~ Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Ini salah satu kehebatan nya berbanding dengan cathedral lain di dunia yang mengambil masa ratusan tahun untuk disiapkan meskipun saiznya lebih kecil. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor.







~ cuaca hari ini tersangatlah panas ~



Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. 










Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.




Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.


















~ barays ~



Sementara tunggu geng yang masih di dalam, mencarilah tempat berteduh dan yang ada ruang untuk duduk. Bukan semua tempat boleh duduk....






Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.




Tips and Info:

~ Jangan lupa bawa payung/ponco Hujan atau panas amat diperlukan.
~ Bawa mineral water terutama musim kemarau
~ Barang2 cenderahati di sini lebih murah dan boleh ditawar. 
~ Sesetengah penjual terima MYR
~ Kalau mahu tengok matahari terbit datang sebelum jam 5 pagi
~ Jika mahu murah, boleh naik Tuk Tuks sahaja
~ Bayaran pas masuk $20pax 1 day entry. Boleh masuk Angkor Thom dan Ta Promh
~ Sentiasa bawa pas masuk anda pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk
~ Bawa makanan ringan untuk pengalas perut
~ Pakaian sopan semasa masuk temple
~ Tak boleh bergambar dengan sami yang ada di situ
~ Tak boleh bergambar or selfie tak senonoh dengan patung2 or ukiran yang ada di situ
~ Sentiasa bersedia dengan tisu | wet tisu
~ Bawa sun block 
~ Urus niaga mostly in USD. Sediakan duit kecil

..... bersambung

UPDATE

Ok... ini sambungannya.

Yeahhhhh... mission accomplished.




Bye Angkor Wat!

Selepas hampir 3 jam berada di Angkor Wat, kami pun kembali ke tempat Safy menunggu, which is di tempat parking kereta para pengunjung dan pemandu wisata. Memang seronok juga berada di sini kerana ada juga gerai | kedai jika mahu beli minuman atau makanan. Penjual yang terkejar-kejar untuk menjual barangan mereka pun ramai. Jika berminat, pandai-pandailah tawar harga atau buat muka bodoh poyo tak berminat walaupun sebenarnya dalam hati mahu. Jika kehabisan duit USD, boleh bayar guna ringgit. Berdasarkan pengamatan saya, barangan di sini lebih murah.

Seperti biasa, selfie lagi.




Kami beredar dari area Angkor Wat sekitar jam 11:45AM. Tiba-tiba semua terasa lapar lantas minta Mr Safy bawa ke Restaurant Muslim untuk makan tengah hari.

Kami makan tengah hari di Wau Restaurant (Halal Restaurant). Alamat? Tengok gambar di bawah. Tidak jauh dari Artisan Shop dan Night Market. Di sekitaran ini banyak kedai makan muslim dan ada masjid juga. Rasanya memang area orang Islam.




Nampak tak? sampai ada Malaysian Set. Ketara ramai orang Malaysia datang makan kat sini. Apa-apapun kerana misi kami nak cuba sebanyak mungkin makanan Kemboja, maka kami order Cambodian Set.

Sangat-sangat berbaloi. Deep Fried Fish nya sangat2 sedap gila! It costs me approx. $38 untuk 5 orang plus side order...drink.




Lepas makan, next destination ialah Angkor Thom ~ Dibina oleh Jayaraman VII selepas empayar Khmer dijatuhkan oleh Cham... ( saya tak berapa tahu sejarahnya. Yang saya tahu Angkor Wat ja).

Ini adalah causeway memasuki South Gate. Nampak tak patung-patung itu? Di kiri kanan jambatan ini terdapat 54 kepala Demons dan 54 Kepala Gods dan diriwayatkan mereka ini saling bertentangan (tug of war) ~ nilai di antara jahat dan baik.










Sekali lagi jom check.




Di dalam Angkor Thom kami melawat Bayon yang di kenali juga sebagai Temple of Faces. Siapa nak tahu lebih lanjut boleh "poke" uncle Google or Ms Yahoo.

Belanja gambar HD satu ja.

Oya, sebelum lupa, masuk sini boleh gunakan pass masuk tadi juga. Tiada pass tak boleh masuk.


Nampak tak muka/faces tu? di setiap penjuru ada muka yang sedang senyum. Katanya, kerana tuhan melihat kamu di mana pun kamu berada.





Jangan kamu pandai-pandai selfie kissing benda ni ok? Sacred bagi mereka ini. Haruslah dihormati.











*(Gambar lain yang comel nanti di upload lagi)

Tak sampai 10 minit berada di dalam tetiba hujan turun dengan derasnya. Omaigad... tadi panasnya minta ampun sekarang pula hujan. Payung ka, ponco kah.... semua tiada. Jadi, saya terpaksa berlari ke kereta sebelum hujan semakin lebat sementara geng lain ter-stranded di dalam.

Dipendekkan cerita, bila semua balik ke kereta kami meneruskan perjalanan ke Ta Promh Temple ~ Tomb Raider Temple. Malangnya hujan semakin lebat. Terpaksa beli ponco nipis itupun harga $4. Gila eh!

Hanya dapat beraksi begini. Hahahahahaha.


















...... mungkin bersambung (ikut mood).


Kbai. Much love.

No comments:

Post a Comment