Friday 22 July 2016

Jejak Siem Reap 3 ~ Day 0 BKI to KLIA2

Sabtu, 09 Julai 2016 (Eid ke 4)

Kerana hari ini between airport terminals sahaja, saya pakai paling sempoi!




Sekitar jam 2PM ke airport KKIA. Tak perlu kelam kabut kerana sudah online check-in. Tinggal lagi drop bag. Sampai di kaunter barisan sangat panjang. Mungkin kerana dah raya ke-4, ramai yang dah nak balik ke rumah masing-masing setelah bercuti (balik kampung). Berbaris di line drop bag....rupa2nya salah. Untuk drop bag check-through harus berurusan di kaunter.




Kenapa Day 0? Kerana kami belum sampai destinasi. Penerbangan kami dengan pesawat tambang murah AIRASIA (pada hal mahal juga) pada 3.25PM dan selamat mendarat di KLIA2 jam 06.10PM waktu tempatan. Bagasi sudah check-through ke Siem Reap so, kami tidak perlu menunggu lama untuk exit. Penerbangan ini layover satu malam di KL.








Okay. Bye KK.



Landed Safely. Hello KL.

Terus saja ke Tune Hotel yang bersambung dengan KLIA2 untuk check-in. Untuk ke sana ~ Naik Lift ke LP3 dan keluar ke kiri pintu lift. Selepas itu anda akan nampak sign anak panah <- Tune Hotel. Untuk keselesaan, ikut saja anak panah itu, jangan pandai2 buat route sendiri. Hi Hi Hi.

Selepas check-in (pantas kerana awal2 hotel sudah charged credit card saya untuk bayaran 2 bilik), kami berehat sekejap. Buat apa yang patut. Selesai solat etc, kami pergi lagi ke Terminal untuk makan malam dan nantinya ke Jaya Grocer untuk beli makanan ringan (dibawa ke Siem Reap). Putar punya putar akhirnya decide makan di Bumbu Desa aras departure (3rd floor). Lepas makan, kami buat urusan sendiri. Ada yang mula shopping dan saya pula membeli groceries. 

Ahaha...nomnomnom.


Ini sudah bagus. Pedas dan sedap. Beli 3 paket terus.

Selesai urusan, terus kembali ke bilik untuk berehat kerana harus bangun jam sebelum jam 4 pagi. Penerbangan kami ke Siem Reap esok jam 6:10 pagi... Aduiiiiii... Sudahlah bilik Tune kecil ja, kami pula tidur bertiga satu katil. 

Langsung tak dapat tidur sampai pagi!

Jam 4 pagi dengan mata lebam-lebam sembab kami mula bergerak ke dalam airport. Kena pergi awal kerana KLIA2 ni luas dan untuk GATE penerbangan international sangat jauh... so pandai2 bajet masa. Biar awal jangan kelewatan. Lagipun kononnya saya mahu masuk ke ruang menunggu supaya dapat tidur sekejap. Boleh ke? Tungguuuuu....


Jumpa nanti di entri hari ke-2 ya.

No comments:

Post a Comment