Friday 29 July 2016

Kembara Musim Bunga Eropah : Day 8 Dari Nice ke Cannes dan Antibes

26.07.16 - diam tak diam sudah masuk 8 hari berada di bumi Eropah. Herannya, belum timbul perasaan rindukan tanah air. Tidak juga rindukan makananya kerana aku memang suka makan pasta! See? Tidak heran kalau aku merasa seperti di syurga makanan ku. Hahaha... Dasar lupa daratan (anak buah kubilang forget land).

Well, memang terasa santai kerana gap travel ku dari tahun lalu agak lama. 4 bulan. Jadi inilah getaway ku paling jauh bagi tahun ini. Rasanya seperti burung yang terlepas dari sangkar. Mungkin ada yang saat ini mencebik bibir ... Jangan dik kak oi... Nanti herot muka yang cantik tu. Sebenarnya, aku ni dah dihinggapi virus kaki jalan. 

Mereka2 yang sewaktu dengan ku pasti faham apa yang kukatakan ini. 

Okay.. Cukup2lah membebel tu. Hari ini aku sudah janjian dengan gf ku Johanna untuk ke Cannes dan Antibes. Pepagi lagi kami sudah bertemu di luar hotel (hotel Massena dan hostel tempat Johanna tinggal dekat ja). Opps bukan  pagi sangat tapi jam 10am.

Kami bercadang ke Cannes menaiki bas.  Station bas ke Cannes dan Antibes di depan Mandarin Oriental Hotel Nice tidak jauh  dari Massena Square (Plaza). Untuk ke Cannes, ambil bas No. 200 dan mesti beli tiket dulu (Dgn pemandu or pembantu) sebelum mencari tempat duduk. So untuk memastikan kami dapat seat dan strategik pula, aku terus cari tempat duduk sementara Joan bayar tiket kami. Harga tix hanya euro0.50 pax|one way. Mengambil masa lebih kurang 2 jam tertakluk kepada keaadan cuaca lalu lintas.

Bas yang sepatutnya bertolak jam 11:45am tak muncul2. Rupa2nya ada mogok ntah apa2. Nah... Ramai la yang stranded. Bila akhirnya bas no 200 berhenti maka berpusu-pusu, berhimpitanlah kami menerpanya. Bas penuh!

Sementara kami rasa lost menunggu bas tadi, tetiba ada seorang jejaka menegur Joan. Being friendly. Dia la yang telefon syarikat bas untuk bertanya kenapa bas lambat tu. Rupa2nya pemuda kelahiran Nice, baru balik dari England dan mahu ke Antibes bertemu rakan katanya.

Yang nak dijadikan cerita, punyalah kuat bercerita! Dari kenaikan sampai keturunan mulutnya potpitpotpit. Segala sejarah hidup habis diriwayatkan gamaknya. Wahahaha. Ampunnnnn!

"I think the Briton's are quite pretentious.. See the way they sing and talks are....Hmm... Differ" 😀😀😝

"I want an American girlfriend"

" My ex was Swedish"





Wow! Terhibur sesangat. Khennnnn... 

Tuesday 26 July 2016

Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 7 Eze dan Monaco

Isnin, 25th April 2016.


Hari yang di nantikan kini tiba. Excited sungguh nak ke Monaco ni. Negara ke-dua terkecil di dunia setelah Vatican City.


Menunggu pick-up.







....... to be continue...

*ABOUT MONACO

Negara kedua terkecil di dunia ini dikenali sebagai The Principality Of Monaco. Jumlah penduduk sekitar 36,000 sahaja dan 8000 daripadanya adalah rakyat tempatan.





Kembara Musim Bunga Eropah ~ Day 5 Amsterdam ~ Nice Cote d'Azur

Sabtu, 23 April 2016.

Pagi ini, berakhirlah siri jelajah ku di bumi Belanda. Penerbangan ku ke Nice jam 0930am jadi kata Milan, jam 0600am harus berangkat dari rumah. Dia tolong menghantarkan aku ke airport Schiphol. Seawal jam 0500am memaksa diri untuk bangun dan mandi (sejuk gila) dan bersiap ala kadar.

Perjalanan ke Schiphol airport dari Zoetermeer mengambil masa  kurang sejam di awal pagi kerana kenderaan belum banyak. Setelah mengucapkan ribuan terima kasih dan saling berharap semoga bisa bertemu lagi di mana-mana (prinsip traveller), saya terus menuju ruang departure untuk berurusan di kaunter check in. Saya menaiki pesawat Air France AF8271 dengan kos Euro 187 (one way). Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Menunggu untuk terbang ke negara Perancis pula. Mengapa Nice? Tidak ke Paris? Helloooo... Perancis bukan hanya ada Paris okayyyy.. Takkan lah asyik nak ke Paris saja (walaupun saya suka). Saya suka ke Paris kalau saya dapat shopping. Kikikiki. Lagipun saya suda 4 kali ke Paris. Cukup lah dulu. 

Nice? ah..ya.. kerana ia tempat sesuai untuk saya menjelajah French Riviera. Tempatnya juga aman, cantik dan laidback. Tidak sesibuk seperti kota metropolitan yang lain. 


~ dengan muka yang sembab ~

~ masih mengantuk ~





Penerbangan penuh. Pelbagai bangsa. Ramai turis seperti saya. Mendarat di airport Cote d'Azur. Passport Control sangat teruk. Hanya 2 kaunter buka. Hampir sejam lebih menunggu giliran. Saya naik taxi untuk ke hotel. Boleh naik bus juga tapi saya malas menyusahkan diri (Bag besar susah nak angkat naik turun dan heret). Oh, my! terpaksa bayar Euro40.

Saya menginap 4 malam di Massena Hotel dengan kos Euro486. Hotel di sini memang mahal. Correction ~ semua benda di sini MAHAL....!!!

After check-in, rehat sekejap. Belek-belek map dan buku nota. Perut terasa lapar. Rupanya sudah jam 2 lebih. Ok... misi pertama cari makan. Pastu cari Hard Rock Cafe Shop.

Gambar2 di NICE.

 Massena Square

































Sebelah malam, teman ku di NICE show me around town selepas dia habis ber-kerja. Thank you Alessandro and friends.




Hotel Massena tempat saya menginap ini betul2 centralized. Sebelah Lafayette dan within walking distance to Old Town, Cour Saleya, Promenade des Anglais dan kedai2 shopping lain.  Semestinya anda tidak akan kesunyian. Mercu tanda utama untuk anda ingati tentulah Massena Square.
































DAY 6 ~ NICE, 24 JULY 2016 MEET UP WITH JOHANNA BOCCIA FROM ITALY

Kenalkan teman ku dari Italy. Bertugas di Venice sebagai guru. Dia ini seperti aku juga, suka kembara. Orangnya tipikal Italian ~ sangat cantik.  Berkenalan dengannya melalui komuniti CouchSurfing juga. Dia kebetulan berada di NICE sama tarikh denganku jadi kami janjian ketemu.





Ini sekitar Old Town. Jalan-jalan sementara tunggu sunsets. Mahu naik ke Hill Palace.




































Johanna tinggal di hostel ini... tidak jauh dari Massena Hotel... Hmmm kalau ku tahu boleh tinggal sini juga. Murah.









Promenade des Anglais

















Saya berjalan seorang diri di waktu malam. Jangan bimbang...tiada orang jahat.








Ok... lepas jenjalan tengok orang clubbing di sini saya pun balik ke bilik untuk tidur. Esok kena bangun awal kerana saya akan ke Eze dan Monaco.


Jumpa esok ya.