Sunday 24 July 2016

Jejak Siem Reap 7 ~ Day 4 Suasana Malam Di Pub Street Angkor

Tanggal 13 Julai 2016. Hari Rabu sudah.

Hari ini sudah dirancang untuk Free n Easy mode. Bebas buat aktiviti sendiri. Paling best bangun ikut sedap mata. Tidak perlu ikut jadual seperti 2 hari sebelum.

So, jam 1PM baru kami berkumpul untuk shopping terakhir di Night Market (siangpun buka). Best juga shopping di gerai-gerai ni. Sedar tak sedar ribuan RM juga melayang. Yang berminat beli shawl tu memang boleh lupa daratan. Shawl 100% Cambodian silk banyak jual di sin. Harga boleh tawar. Agak murah berbanding beli di kedai.

Hei.... beli apa? macam-macam ada.

Lepas shopping kami naik Tuk Tuks lagi. Mahu ke Wau Restaurant lagi kerana ikannya sedap. Driver Tuk Tuks sesat. Maka berputar-putarlah kami di bandar Siem Reap yang kecil saja itu.

Akhirnya sampai. Bayar Tuk Tuks. Okay saya tunggu katanya. I wait.

Selepas makan, minta drop di hotel. Jam 3PM appointment untuk massage. Hari terakhir kami di sinikan? mahu pamper badan. Pastu mahu ke Hard Rock untuk makan dinner tapi hujan lah pula.

Sekitar jam 6:30PM hujan mula reda. Kami pun keluar. Singgah di HRC tapi Live! Music tak ada.Weekends ja katanya. Pastu kami menyeberang ke Night Market. Buat "Fish Spa". Hu Hu Hu.... mula2 tu geli juga. 15 minit rendam kaki di balang ikan kecil pastu pindah 15 minit lagi ikan yang besar sedikit. Cost sorang $3.

Lepas tu kami stroll around. Sampai ke Siem Reap Art Center.... ala....situ2 ja. Yang bestnya kalau malam, main road di "Pub Street" ditutup untuk sebarang kenderaan. Hanya untuk pejalan kaki saja.

Macam-macam jualan orang. Paling exotic kala jengking BBQ ... lols... tapi tidak boleh ambil gambar unless you beli. $1 for stick. Dui..... mahal tu!

Gambar? nanti. Tengok youtube dulu?


Suasana Malam di Sekitar CBD



Flashback semua aktiviti




All and all, saya enjoy juga jalan-jalan di SR ni. Walaupun bukan kota metropolitan tapi banyak pengalaman baru yang dapat kita lalui. Di sini, kebanyakan .. ops... mostly urusniaga dalam USD. Kalau kita ambil duit dari ATMs pun yang keluar USD. Cuma kalau ada baki kecil bila kita bayar ~ mereka akan kembalikan Riels. Sekarang ini 5000 Riels bersamaan dengan MYR4.95.

Sampai jumpa. Besok last entri.

* Gambar2 akan ditambah bila sudah di-sort out.

No comments:

Post a Comment