Showing posts with label Europe Gateaway. Show all posts
Showing posts with label Europe Gateaway. Show all posts

Sunday, 24 July 2016

Kembara Musim Bunga Di Eropah 2016 ~ Day 1 KK - KL - Heathrow - Amsterdam

Note: Ini adalah posting tertangguh di blog JauhMerantau tapi updated di laman www.jaynesaidin.com jadi jika berminat boleh skodeng website saya di sana. Mesti ramai tanya kenapa banyak sangat virtual site? Hmmmm logiknya, jaynesaidin tu laman berbayar sementara blogspot ni free. Laman berbayar jika tidak di-maintain payment tidak akan dapat diakses so blogspot ini kira macam back-up lah. Pintarkan? HiHiHi. Cuma banyak kerjalah. Inilah yang dinamakan ~ tiada kerja buat2 cari kerja.

BTW, percutian musim bunga saya di Eropah berlangsung selama 2 minggu. Planning kali ini khusus untuk menikmati berseminya bunga-bunga Tulips di Keukenhof Garden di Belanda. Impian untuk melihat hamparan bunga tulip ini telah lama saya simpan. Tetapi, setiap kali ke Belanda, timing tidak pernah "ngam". Terkadang ke sana di musim salju dan autumn jadi kali ini saya plan betul2.


Tuesday 19-4-2016

Fly from Kota Kinabalu  to catch my flight  to London later in the evening - 11:15PM by Malaysia Airlines. To makes thing smoother, checked through for connecting flight from KK - KUL - HTR - AMS.

Flight MH0002. Landed Terminal 4 Heathrow Airport as planned. Took the flight connection lane for fast transfer by couch to Terminal 5. Couch frequency between 5-10 minutes. Distances from T4 to T5 - 25 minutes drive away. 

Itulah kisahnya di hari pertama.

Kota Kinabalu Airport. Sedang menunggu flight ke KL

KLIA Gate C17. Menunggu flight ke London

Hampir mendarat di Heathrow

Menunggu flight ke Amsterdam

Dua hari hidup saya di terminals dan penerbangan sahaja. Kata orang Sabah ~ "bangas" sudah. Inilah cabaran bagi orang Sabah jika mahu melancong ke mana-mana. Terpaksa transit di KL dulu. Masa dan kos bertambah.

Jadi, kenapa fly ke London jika nak ke Schipol? Kenapa tak fly direct naik KLM?

Kisahnya begini. Tiket ini saya beli masa Sept Matta Fair 2015. Masa tu, MAS Airline masih ada direct flight KL - AMS. Tetiba tahun 2016, route tu dah di-terminte dalam usaha restructuring  MAS. Pendek cerita, saya diberikan route KL - London - Amsterdam. Apa boleh buat? terima saja lah. Itulah nasib kalau tak ada kapal peribadi kan? lols....

Flying with few transit ini memang memenatkan. Apa lagi di Eropah, kita tidak diberikan Gate mana untuk penerbangan sehingga sejam sebelum take off. Jadi harus waspada. Apa lagi di terminal 5 Heathrow yang luas. Tempat duduk pun kurang (ramai orang). Saya risau juga kalau delay pasal host saya dari "couchsurfing" akan menjemput saya di airport Schipol nanti tapi tidak boleh menunggu lama kerana dia harus pergi opis. Kalau dia tinggalkan saya, mana saya tahu rumahnya di mana? lagipun macam mana saya nak masuk ke rumahnya?

Tepat masa penerbangan 0830am. Kami pun berduyun-duyun beratur. Seperti biasa kalau boleh semua mahu masuk dulu. Tetapi biasalah... privilege untuk yang bayar lebih. Lepas semua dah masuk... tetiba kapal tidak take-off juga. Semua orang menunjukkan muka tertanya-tanya dan semakin lama menunggu semakin resah. Bengang! No announcement. Cuma di depan sana macam ada commotion sedikit. Saya semakin risau (you know why). lebih kurang 30 minit kemudian baru dapat terbang. Rupanya ada orang kena/hampir heart-attack tapi tidak mahu keluar..... oh.... macam2.

Landed. Airport routine with immigration dan keluar ambil bagasi. OMG! bag aku pun paling last keluar. Nasib baik host aku sabar menunggu.

Hello Milan, dear.

OMG, host aku tingginya macam 2X ganda aku.

Meet my kind hearted host.



Selama di Belanda, saya menginap di rumahnya yang terletak di Zoetermeer selama 3 malam. Rakan dari komuniti "CouchSurfing". Asal Bosnia tapi berkahwin dengan wanita Belanda dan punya sepasang anak yang telah dewasa dan lebih tinggi daripadanya. Oh, my! Mulanya, saya sudah book hotel di Leiden tapi atas sebab2 tertentu, booking saya ter-cancel. Selama di sini, dia lah yang bawa saya ke sana kemari. Bertuahkan? itulah bestnya ada kawan local.

Milan Antic

Ha Ha Ha Frankenstein !!!!


My Room For 3 Nights






Save cost accommodation ku di Holland. Untuk menghargai jasa, aku masak kari, nasi impit dan sambal udang untuk mereka.

Sesampai di rumah Milan tunjukkan kamar ku dan katanya "berehatlah". Dia ke opis. Tinggal lah aku sendirian di rumah. 

Sebelah malam around 9PM, Milan bawa ke Leiden untuk hadiri Leiden CouchSurfing Weekly Meeting (setiap hari Rabu malam). Couch Surfing komuniti di sini aktif. Dapat bertemu rakan-rakan baru. Ada yang dari UK dan sebagainya.











Leiden




Leiden Canal

Sunsets ~ Zoetermeer



Next ~ Trip to Keukenhof

Saturday, 16 April 2016

2 Minggu di Eropah (Spring 2016)

16 April 2016 ~ Sabtu di Kota Kinabalu.

Hari ini hatiku berdegup kencang lebih dari biasa. Sesekali, mata melirik ke bag Tumi bersaiz sederhana yang ku beli murah (daripada biasa) di Outlets LA tahun lalu. Iyalah... manakan tidak, tiga hari lagi kalau tiada aral melintang, empunya diri akan terbang merentasi beberapa lautan demi memenuhi hobi.....

Proses packing ku sudah bermula sejak 2-3 hari lalu. Kenalpasti benda penting saja yang dibawa. Teringat petua seorang packing guru di Youtube : 3 bottoms, 5 tops, 3 shoes.....scarfs, etc.... etc.

Nak ke mana?

ITINERARY  : KUL-LONDON (TRANSIT) - AMSTERDAM (4 DAYS) - NICE (5 DAYS) - MONACO - GENEVA (2 NIGHTS) - ANNECY (3 NIGHTS) - GENEVA - LONDON - KUL

Kali ini, Holland sekali lagi menjadi destinasi pilihan. Sudah beberapa kali menjejakkan kaki di kota yang indah ini, namun kali ini destinasi utama ialah ke Keukenhof Garden (KG) yang terkenal di seantero dunia dengan jutaan bunga tulips yang terletak di daerah kecil Lisse.

Perancangan ku untuk ke KG ini sudah bertahun. Namun selalu saja tidak terlaksana kerana kekangan musimnya. Biasa KG akan dibuka pada pertengahan Mac hingga 20 Mei setiap tahun. Masa terbaik untuk melawat adalah sekitar minggu ke-2 bulan April bila mana bunga-bunga tulips mula berkembang dengan cantik. Bagaimana pun, ini jangkaan saja kerana, biasa terjadi, bunga-bunga itu terkadang awal terkadang lewat juga untuk berkembang. Indikasi paling utama untuk dijadikan ukuran adalah faktor cuaca. Jika cuaca musim sejuk cepat berlalu, biasanya, bunga2 itu akan mekar lebih awal. So untuk selamat, aku set time lawatan ku sekitar 19 April.

Nikmati gambar di bawah... indah bukan? sesungguhnya kecantikan bunga-bungaan tiada taranya. Apalagi aku ni "flowerporn"!

BTW, gambar ini diambil oleh tulipsinholland.com beberapa hari yang lalu. Pokok, bunga semuanya sedang mekar, seolah menanti kedatangan ku ke sana.... amboi.... (sosek-sosek: baru nampak gambar che ta di KG di instagramnya.... nampaknya ITI aku kali ini sama dengan Che Ta...lol)









Tuuuu.... dia. cantikkan? teruja hati keperempuanan ku melihatnya. Tunggulah pula gambar empunya diri ini ya.... 4 hari dari sekarang saya pula yang bakal bergambar sakan di KG ni.
PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK

Seperti biasa, aku marathon buat research trip aku ni. Tiket kapal terbang aku dah lama beli time MATTA FAIR bulan Sept 2015 dengan Sedunia Travel.Time tu aku dapat price RM2760++ gitu. MAS Airline - Kul - Ams - CDG - Kul. Malangnya route ni dah di abolished oleh MAS so aku diberi route baru yang semakin jauh dan gila. Transit di London dan berkejar ke T5 pula untuk ke Amsterdam dengan British Airways.

Nasib baik aku dah biasa dengan Heathrow Airport dan pernah fly dari T5 yang agak jauh juga dan terpisah terminal dengan T4. Kalau novice traveler.... pasti terkedu juga. Time different untuk flight seterusnya hanya 2 jam 30 minit.

Untuk flight return, dari CDG ke Heathrow T1.... alahai time different juga hanya 2 jam 30 minit. Ini aku tak boleh terima. Time-frame terlalu singkat so untuk selamat, aku beli tiket sendiri dari Geneva ke Heathrow (dalam RM300++). Lagipun, kos itu sama ja kalau aku beli tix train dari Geneva ke Paris. Aku malas dah ke Paris, kecuali kalau boleh merayau beberapa hari. Sekadar transit.... no no no!

Okay...so ikut plan...aku akan landed di Schipol airport around 10.30 pagi pada 20 April nanti. Dari situ belum ada plan. Bukan terlepas pandang tetapi sedang menunggu feedback dari host aku di Holland nanti. Oya... lupa cerita.  Di Holland aku akan tinggal dengan rakan CouchSurfing aku di Zoetermeer South Holland. Dengan baiknya, dia juga telah membelikan aku entrance tix ke KG... Thanks Milan.... (balasannya aku janji masak kan family dia curry ayam)....hi hi hi.

Hari ke lima di Eropah, aku akan terbang ke Nice Perancis dengan Air France. Penerbangan ambil masa dalam 1.40 minit. ETD 9:30am dan ETA di Cote d'Azur sebelum 12PM. Dari airport boleh naik train, bus or taxi ke hotel yang aku book di sekitar Plaza Massena berdekatan dengan Old Town.

Di Nice ini juga beberapa kenalan sedang menunggu ku dan berjanji kalau ada masa terluang akan bawa aku ronda-ronda. Kebetulan, seorang gadis Italy dari Venezia juga akan berada di sana pada masa yang sama dan kami sudah janjian untuk bertemu. Tapi untuk hari pertama, aku memilih untuk berjalan sendirian menelusuri sudut dan lorong kota Vieux Nice ini (old town) sebelum santai petang menikmati pemandangan  di Promenade des Anglais. Beachfront. Cuci mata lettew! Jangan jeles.

Akan berada di French Riviera selama 4 malam. Kos hotel Euro630. Dari sini, aku dah plan untuk buat Day Trip ke Monte Carlo. Yeahhhh... Monaco. Dah lama idamkan untuk melawat negara terkecil ini (selain Vatican City). Untuk detail... tunggu lah review aku nanti ya.

Hari ke-9. Terbang ke Geneva. Why Geneve? nothing special. Mulanya takde niat. Tapi aku nak ke Annecy France so bila dibandingkan semua route, paling mudah dan dekat adalah dari Geneva. By train or bus. Boleh fly juga kalau mahu. Saya cadang guna bus saja. Jauh Annecy ni dari Geneva hanya 40KM saja.

Why Annecy?

Inipun tunggu cerita kembara aku nanti. 


Lake Annecy

Berbaloi bukan?


Ha.... ini route angan2 ke Chamonix.... Montblanc.... banyak angan2 aku ni pada hal limited time







Complicated sangat! Tunggu lah sampai dulu baru aku beli tiket!

Buses From Geneva To Annecy

Akan tidur semalam di Geneva. Hotel dekat dengan Cornavin Train Station. Mak aiiii... mahalnya di Geneva ni. Hotel Single kecil seciput pun RM777 semalam. Macam tidur di Grand Hyatt KL saja!

Esoknya baru bertolak ke Annecy.

Most probably by bus dari Station Gare Routiere.

Urusan membeli tix from Geneve to Annecy ni masih dalam proses.

Tiga malam di Lake Annecy. Dan akan bermalam di Geneva sebelum fly back home route : Geneve - London - Kul.


Wow.... happy sangat. Semoga menjadi realiti untuk si Independent Traveller ini.

Kbai.

Cuti2 Sabah ~ Monsopiad Cultural Village